Laman Utama

Piagam Sekolah


KAMI, WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, SEREMBAN, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI UNTUK : 


MURID 
  • Melaksanakan sistem pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara 
  • Memberi bimbingan dan perkhidmatan yang bermutu ke arah melahirkan murid yang cemerlang 
  • Menghasilkan golongan murid yang mengamalkan nilai-nilai positif dan kriteria-kriteria yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 
  • Berusaha menangani masalah perilaku murid dengan pendekatan penyayang 
  • Memberi bimbingan dan didikan yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan 
  • Sentiasa mengambil berat tentang prestasi akademik serta pembangunan kerohanian setiap murid 
  • Sentiasa mengambil berat dan membantu murid dari segi kebajikan dan keselamatan di sekolah 
  • Menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran 


STAF
  • Menjalinkan hubungan yang baik dan erat dalam kalangan guru dan pentadbir 
  • Bertindak dengan segera dan tepat bagi setiap kehendak perkhidmatan 
  • Sentiasa memberi perkhidmatan terbaik secara adil dan saksama 
  • Berusaha menjaga kebajikan staf 

MASYARAKAT 
  • Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang mesra dan harmoni antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang 
  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti melalui sistem pengurusan yang profesional dan peka kepada setiap perubahan 
  • Bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk kepentingan bersama-sama 
  • Mengambil tindakan segera terhadap setiap maklumat. 

KPM/JPN/PPD 
  • Memberi maklumat yang tepat dan menepati masa