Laman Utama
Program Silang Budaya Anjuran JPNS Peringkat Negeri, 2023
Pelbagai aktiviti disajikan dengan pertandingan melukis kolem, pertandingan melukis bunga blossom, pertandingan memperagakan pakaian tradisional dan pertandingan melukis kuda kepang.
Setiap pertandingan akan mendapat hadiah iaitu Johan, Naib johan, Tempat ke-3 dan saguhati.
Aktiviti yang lain juga turut disajikan seperti aktiviti membuat kuih gula melaka dari etnik Melayu, air laicikang dari etnik Cina dan kuih tosei dari etnik India serta aktiviti bermain congkak.